WALAUPUN terkenal sebagai penyanyi, Elizabeth Tan mengakui cukup meminati bidang lakonan. Bahkan, beliau tidak akan teragak-agak menyertai mana-mana uji bakat demi mendapatkan peluang berlakon.
Penyanyi lagu Knock-Knock itu membuang rasa malu untuk menghadiri uji bakat lakonan disebabkan ingin mengejar impian bergelar pelakon kerana ia cabang seni yang diminati sejak kecil.