INSAF, kesal dan malu menyelubungi jiwa bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim, selepas kejadian ditangkap ekoran kesalahan dadah.
Akibat kesilapan itu, bukan hanya dirinya mengalami tekanan perasaan, bahkan menjejas emosi isteri, Nor Azeana Ramli, yang kemudian mengalami keguguran anak kedua mereka.