WATAK Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja pada 1986 berjaya menaikkan nama Faizal Hussein hingga menjadi kegilaan remaja waktu itu.
Memulakan langkah di pentas lakonan pada 1982 menerusi filem Senja Merah arahan bapanya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, nyata Gila-Gila Remaja yang juga arahan bapanya memberi impak besar kepadanya.