ADA aura pada nama Taufik Batisah yang membuat peminat tergila-gilakannya selama 10 tahun beliau menceburi kerjaya dalam bidang muzik.
Namanya harum di persada muzik dengan kemenangan pelbagai anugerah dalam kategori undian peminat - digelar antaranya Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik (APM) 2012; Artis Singapura Paling Popular sebanyak empat kali di APM dan Anugerah Wannabe di Anugerah Pilihan Kanak-kanak Nickelodeon 2006 dan 2007.