SELEPAS studio di Jalan Ampas ditutup, pelakon yang pernah popular dari filem Lela Manja, Habibah Haron, jarang lagi kelihatan di layar perak atau drama televisyen.
Bukan tidak pernah mendapat tawaran tetapi menurut Habibah beliau "sudah penat berlakon di zaman kanak-kanak" yang menyebabkan beliau menolak semua tawaran ketika meniti usia dewasa.