JIKA gadis zaman sekarang begitu teruja bertemu idola berkarisma seperti Taufik Batisah atau Anuar Zain, gadis tahun '80-an pula disambar penangan Halil Chik.
Kepopularan penghibur veteran yang kini mencecah usia 65 tahun itu tidak dapat disangkal di zaman kegemilangannya.