Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Isu serangan seksual: Pelawak Bill Cosby kemuka tuntutan balas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Isu serangan seksual: Pelawak Bill Cosby kemuka tuntutan balas

Dec 15, 2015 | 12:00 PM



WASHINGTON DC (Amerika Syarikat): Pelawak terkenal Amerika, Bill Cosby, mengemukakan saman balas terhadap tujuh wanita yang sebelum ini menuduhnya melakukan kesalahan seksual terhadap mereka.


Peguambela Cosby, Cik Monique Pressley, ditukil akhbar USA Today sebagai berkata, saman balas itu telah dikemukakan di mahkamah persekutuan semalam:


"Encik Cosby menyatakan secara jelas bahawa beliau tidak melakukan serangan seksual ataupun menyerang menggunakan dadah terhadap defendan dan setiap defenda secara jahat dan sedar telah menerbitkan pelbagai kenyataan dan tuduhan palsu sejak musim luruh 2014 sehingga hari ini dalam usaha merosakkan reputasi Encik Cosby dan menikmati faedah kewangan hasil daripadanya," ujar beliau.


Saman malu itu difailkan di mahkamah persekutuan, yang ditujukan terhadap tujuh individu dari Massachusetts yang membuat tuduhan ke atas Cosby; Tamara Green, Therese Serignese, Linda Traitz, Louisa Moritz, Barbara Bowman, Joan Tarshis dan Angela Leslie.


Kenyataan Cik Pressley menambah bahawa tuduhan "palsu... dan mengambil peluang" itu telah menyebabkan Cosby hilang pekerjaan dan "rasa terhina".


Ketujuh-tujuh wanita telah bersama-sama mengemukakan saman malu ke atas Cosby di mahkamah persekutuan di Massachusetts (di mana beliau tinggal), yang pada asalnya difailkan oleh tiga wanita sahaja.


Ia merupakan saman sivil terbesar yang difailkan ke atas Cosby sejak beberapa bulan lalu.


Ketujuh-tujuh wanita ini dikenali sebagai individu-individu yang telah tampil secara umum dalam pelbagai forum dan menuduh Cosby melakukan serangan secara seksual dan menggunakan dadah ke atas mereka dalam kejadian yang berlaku seawal pertengahan 1960an.


Tuntutan saman balas Cosby ke atas ketujuh-tujuh wanita ini timbul selepas hakim mahkamah persekutuan di Massachusetts enggan mengenepikan saman malu mereka pada Oktober lalu.


"Ini telah dijangkakan," kata peguam, Encik Joseph Cammarata, yang mewakili ketujuh-tujuh wanita yang dinamakan dalam tuntutan saman di Massachusetts itu.


"Ia adalah satu lembaran dalam buku mainan seseorang peguam bela. Saya berasa pelik kerana bagaimana boleh ramai wanita yang tampil, tetapi Encik Cosby telah mengenalpasti tujuh wanita untuk membuat tuntutan saman balas. Bagi saya ia satu tindakan balas.


Peguam, Cik Gloria Allred, yang merupakan salah seorang daripada enam peguam yang menguruskan kes saman sivil ke atas Cosby (dan mewakili kira-kira separuh penuduhnya) yang ditukil USA Today berkata:


"Bill Cosby kelihatannya mahu menentang wanita-wanita yang telah mengemukakan tuntutan saman ke atasnya di Massachusetts dan mendakwa beliau telah menyebabkan mereka menjadi mangsa.


"Meskipun saya tidak mewakili wanita-wanita ini dalam kes itu, saya bagaimanapun percaya secara umumnya, taktik sedemikian tidak akan menghalang wanita-wanita berani ini daripada melawannya."


Dalam pada itu, saman balas yang dikemukakan Cosby tiba serentak dengan keputusan Universiti Boston yang membatalkan ijazah sarjana muda kehormat yang dianugerahkan kepada Cosby pada 2014, tindakan serupa yang dilakukan pelbagai maktab pendidikan dan universiti yang turut membatalkan penganugerahan serupa tahun lalu.


"Keputusan Lembaga adalah berlandaskan satu kesungguhan, disokong oleh kenyataan rasmi bersumpah Cosby, bahawa tindakannya ke atas wanita-wanita ini telah mencemar dirinya dan ia tidak selaras dengan nilai dan matlamat universiti," kata presiden Universiti Boston, Encik Robert A. Brown, dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >