SETELAH sekian lama lakonan berkesannya menambat hati ramai pengamat filem Hollywood, Angelina Jolie nampaknya ingin mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepada bidang lakonan.
Dalam satu wawancara bersama televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Jolie, 39 tahun, seakan-akan memberi bayangan dirinya ingin bersara selepas menjayakan watak Cleopatra dalam filem akan datangnya.