PELAKON Kamal Adli memberitahu bahawa rezekinya lebih murah sejak menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Emma Maembong.
Kamal, atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 29 tahun, berkata biarpun dikecam kerana terkait kontroversi perpisahan aktres tersebut dengan pelawak Zizan Razak, beliau mengakui menerima hikmah lain.