SETIAP kali Datuk Siti Nurhaliza muncul dengan album terbaru, peminat setianya mengharapkan produk yang dihasilkan Siti harus lebih baik dan istimewa daripada yang sebelumnya.
Malah, ada yang membuat perbandingan itu dan ini. Kelebihan dan kekurangan akan disenaraikan secara terbuka menerusi laman sosial untuk menarik perhatian Siti agar beliau menilaikannya dengan teliti bagi projek album yang akan datang.