LAGU cinta memang dekat di hati ramai yang akan dibuai dengan pengalaman peribadi ataupun nostalgia silam memadu kasih dengan si dia.
Bagaimanapun, apabila kumpulan setempat Klutz yang kini turut bergiat di seberang Tambak muncul dengan lagu Bintang Bersuara, cinta yang mereka cuba paparkan lebih bersifat sejagat dan tidak setakat bagi melambangkan kisah luahan hati Uda dan Dara.