Bagaikan permata yang tersembunyi dan belum cukup digilap, Johor mempunyai potensi berkembang sebagai pusat penerbitan filem dan televisyen di Asia. Dalam bahagian ketiga laporan khas mengenai ledakan industri kreatif di seberang, wartawan dan jurufoto BERITA MINGGU meninjau studio bersepadu bebas, Studio Pinewood Iskandar Malaysia, di Iskandar, Johor yang dirasmikan baru-baru ini.
BAYANGKAN si ejen macho, James Bond, memecut laju, melarikan dirinya daripada musuh sebelum terjun ke dasar lautan.