DALAM filem terbarunya Mardaani, aktres Bollywood, Rani Mukerji, yang berlakon selaku seorang pegawai polis dalam jabatan jenayah bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai kehidupan pegawai polis wanita malah memberi inspirasi kepada ramai wanita lain.
Pengkritik menganggap filem itu sebagai salah satu lakonan beliau yang terhebat.