PENYANYI dan komposer dari Indonesia, Melly Goeslaw, menyifatkan penghijrahannya kepada imej bertudung sebagai seorang muslimah tidak menghalang beliau kekal berpenampilan unik seperti sebelum ini.
Melly atau nama sebenarnya Meliana Cessy Goeslaw, 40 tahun, berkata imej muslimah yang ditampilkannya akan seperti biasa tetap bersifat unik sebagaimana ia mencerminkan personaliti dan penampilannya yang lain daripada lain selama ini.