Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Misha Omar kini isteri juruterbang pesawat MAS

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Misha Omar kini isteri juruterbang pesawat MAS

May 02, 2014 | 07:25 PM



KOTA BHARU (Kelantan): Penyanyi Misha Omar, 32 tahun, hari ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32 tahun, dengan hanya sekali lafaz.


Majlis akad nikah yang disempurnakan oleh abang Misha, Mohd, Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat itu berlangsung di Hotel Renaisance di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi ini.


Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dan tiada wang hantaran disediakan.


Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira kerana telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.


Sementara itu, penyanyi Adibah Noor bertindak sebagai pengacara, manakala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana pula selaku pengapit pengantin perempuan.


Majlis resepsi persandingan pasangan ini akan diadakan pada malam ini di hotel yang sama untuk keluarga perempuan manakala pihak lelaki memilih 12 Mei ini untuk meraikan pasangan itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.


Terdahulu Misha yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu. - Utusan Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >