KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish berkata beliau telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha, berkaitan catatan di media sosial Instagram aktres itu mengenai satu insiden fesyen di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fasha memuat naik di Instagramnya minggu lalu kenyataan bahawa ada seorang artis yang jenamanya terlibat dalam pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri itu akan menarik diri sekiranya beliau hadir.