Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Norish Karman: Anak-anak penentu siapa bakal suami saya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Norish Karman: Anak-anak penentu siapa bakal suami saya

Turut putuskan tidak lagi lakon watak 'wanita kaya'
Mar 03, 2016 | 03:28 PM



KUALA LUMPUR: Hampir dua tahun tidak berlakon, ternyata nama Norish Karman tidak pernah luput dari ingatan peminat. Malah pelakon hebat ini sehingga kini menjadi pilihan untuk membawa watak-watak yang cukup sinonim dengan dirinya, antaranya watak wanita kaya.



Bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk tidak lagi melakonkan watak sebegitu kerana tidak mahu mengguris hati peminat. Katanya, melakonkan watak yang tidak sesuai dengan umurnya pernah menimbulkan perdebatan antara peminat. Sejak itu, dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran yang sesuai sahaja.



Kata Norish, jika ada skrip yang menepati cita rasanya tentu dia tidak akan menolak.



"Kali terakhir saya berlakon adalah melalui drama Love You Mr. Arrogant. Selepas itu saya mahu menunggu tawaran yang terbaik.



"Maksud saya, selepas beberapa lama bergelar pelakon saya perlukan sesuatu yang berbeza kini atau yang mampu mencabar saya. Kadang kala saya mengambil watak yang jauh lebih tua daripada usia sendiri, ada peminat yang marah sebenarnya," katanya.



Mengharapkan prinsip yang dipegangnya itu difahami, kata Norish, dia tidak pernah mahu meninggalkan dunia lakonan, namun dalam masa yang sama dia perlu mengambil berat dengan apa yang diperjuangkannya.



"Saya bukanlah menolak terus tawaran yang mendatang. Selalunya saya fahami dulu watak yang akan dibawa. Jika watak yang klise ditawarkan, saya memang berat hati untuk terima.



"Saya tidak kisah membawakan watak-watak berat seperti penagih dadah, kerana melalui watak-watak seperti itu saya perlu bekerja keras untuk menjiwainya," katanya pada sidang akhbar Save Our Rainforest 2016 (SORR 2016) di Kafe Tanah Aina, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.



Tidak terkesan dengan pilihannya itu, kata Norish, selepas kurang aktif dalam dunia lakonan, dia banyak memberi tumpuan kepada bidang nyanyian dan sebagai penceramah.



"Saya masih menyanyi, malah sibuk dengan undangan nyanyian. Mungkin nampak tidak popular, tetapi ini salah satu mata pencarian saya kini. Malah dalam masa yang sama saya merancang untuk mengeluarkan satu lagi single baharu.



"Selain itu saya juga sibuk dengan urusan pengajian, dan menerima undangan untuk menjadi motivator pada program-program yang dianjurkan di universiti," katanya.



Kekal berstatus ibu tunggal, ternyata ibu kepada Muhammad Haqiem Armany, 16, Muhammad Hardy Amieran, 12, Putri Hany Amanda, 11, dan Haq Lutfie Alexander, 4, tidak menolak anak-anak adalah penguat kepada kehidupannya.



Dia juga sudah membuat keputusan, keempat-empat anaknya mempunyai hak untuk menentukan siapa bakal suaminya.



"Kalau mahu kata sunyi memang tidak pernah, selalunya saya memang sibuk dengan anak-anak, tetapi berkawan itu adalah. Cuma tiada yang istimewa.



"Saya mahu mencari seseorang yang mampu diterima anak-anak dengan baik. Pendapat saya tidak penting, tetapi anak-anak saya adalah penentu kepada pilihan saya selepas ini," katanya.



Tidak lokek untuk berkongsi, kata Norish, di kala umurnya mencapai 41 tahun, ciri-ciri suami yang dicari juga lebih kepada menjadi seorang teman buat hari tuanya.



"Waktu sekarang saya lebih perlukan teman, orang yang mampu bersama kita dalam apa jua keadaan.



"Saya tidak pernah terlintas mahu berkahwin dengan seseorang itu dengan harapan beban yang saya tanggung ini dikongsi bersama. Bagi saya dia bukan perlu jadi penyelamat, tetapi kawan merangkumi suami dan ayah yang baik. - Utusan Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >