KUMPULAN Nuradee yang agak lama tidak menghasilkan album baru akan melancarkan CD yang mengandungi 12 lagu sempena ulang tahun mereka dalam dunia muzik selama 25 tahun.
CD yang diberi nama Ku Ketuk Pintu Rumah Ini dihasilkan dengan kerjasama Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) yang juga menyambut ulangtahunnya yang ke-25.