Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pelakon Adi Putra sudah warga Malaysia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Pelakon Adi Putra sudah warga Malaysia

Apr 29, 2018 | 03:58 PM



PETALING JAYA: Pelakon Datuk Adi Putra berkongsi kepada umum status kerakyatannya  bagi menjawab pertikaian segelintir pihak.



Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 37 tahun, berkata dia menyedari ramai pihak  mempersoalkan perkara itu kerana dia pada asalnya  warga negara Singapura.



“Ramai menimbulkan  persoalan tentang kerakyatan saya. Memang benar dilahirkan di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia.



“Berniaga syarikat pengurusan umrah dan haji di Malaysia, isteri Datin Hajah Aida Yusof (@adyaidayusof) kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia.



“Saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi dah tiba masa saya umumkan status warga saya ialah Malaysia,” kata Adi menerusi laman Instagramnya, lapor mStar.



Rata-rata netizen meluahkan pendapat mengenai isu politik memandangkan Adi turut aktif mengikut berkempen sempena Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14).



Menurutnya, perkara  lebih penting buat masa kini ialah  tanggungjawab untuk mengundi parti pilihan masing-masing.



Tanpa berselindung, Adi memberitahu dia memilih warna biru, iaitu parti Barisan Nasional yang digambarkan seperti air dan ombak.



“Yang penting sekarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.



“Akhir kata, saya pilih biru, seumpama ombak dan dunia diselubungi air. Pemimpin yang cekap membawa kapal layar, kapal tak akan karam,” tulisnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >