PETALING JAYA: Beliau dihormati kerana kekuatannya sebagai pelakon hebat, namun dari segi tawaran, Nam Ron tidak senasib baik aktor muda popular masa kini.
Nam Ron, yang baru memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Anugerah Skrin 2016 menerusi filem Redha, berkata beliau kini berjinak-jinak dalam perniagaan menjual pulut kuning kerana tidak lagi bergantung harap kepada tawaran berlakon.