KALAU di Singapura baru-baru ini mengetengahkan juara-juara pertandingan dalam gelanggang SGMania di saluran Suria, rancangan hampir serupa bakal menemui penonton di negara jiran minggu depan.
Dinamakan Gegar Vaganza, ia merupakan program baru saluran Astro Ria yang membawa semula 12 penyanyi yang pernah mewarnai persada hiburan tetapi telah lama menyepi atau kurang aktiviti menyanyi.