DI kala saya dibelenggu rasa bosan menonton sinetron dan drama Malaysia dengan watak lurus bendul atau sejahat-jahat manusia, muncul drama terbitan setempat MediaCorp Eaglevision, Bunga Tanjong.
Rasa teruja memenuhi benak kerana tajuk drama ini cukup ikonik, mengingatkan diri ini tentang ruang tari-menari Kelab Bunga Tanjong.