PENYANYI sensasi Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, mengakui ekonomi negara yang tidak stabil sejak kebelakangan ini turut memberi kesan terhadap dirinya terutama dalam bidang perniagaan.
Menurut Siti, sebagai usahawan yang menguruskan produk kecantikan Simplysiti dan fesyen iaitu Kallista, dua perniagaan tersebut sedikit sebanyak terganggu memandangkan pembeli mahu berjimat cermat dalam perbelanjaan.