PENYANYI dan penggubah lagu setempat Dick Lee kembali mementaskan satu pertunjukan legenda, The Adventures of the Mad Chinaman Upsized, pada September ini.
Persembahan satu malam itu akan menyaksikan Lee mengimbas perjalanan muziknya daripada zaman kanak-kanak pada 1960-an hingga keluaran album The Mad Chinaman pada 1989.