Usia ternyata bukan penghalang bagi dua artis kelahiran Singapura menempa nama - bukan di sini, tetapi di luar negara. Sedang ratu dangdut setempat Rosalina Musa, kian popular di Indonesia hanya dua tahun lalu semasa usianya 44 tahun, selebriti Roslan Shah pula menempa nama sejak 10 tahun lalu semasa usianya 37 tahun. Apakah cabaran yang dilalui mereka? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) melaporkan.
KEMUNCULANNYA dalam bidang seni suara berputik semasa usianya baru mencecah 17 tahun.