Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

The Rock akan kembali menggegar WWE

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

The Rock akan kembali menggegar WWE

Dec 31, 2015 | 12:17 PM



HOLLYWOOD (Amerika Syarikat): Bekas ahli gusti terkenal yang kini bergelar pelakon Hollywood, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson, telah mengumumkan beliau akan muncul kembali dalam rancangan gusti WWE "WrestleMania 32" pada tahun depan.


Ini dinyatakan beliau melalui instagramnya kelmarin.


"Kini rasmi. People's Champ akan kembali untuk melakukan tiga perkara bersama orang ramai: tetapkan rekod kehadiran, menyediakan bekalan elektrik kepada Dallas- perkara yang tidak pernah dibuat dan melakar sejarah #Wrestlemania" tulis Johnson di instagram beserta video dirinya semasa menyertai sukan gusti itu sebelum ini.


Selain itu, bintang filem San Andreas itu juga menulis:


"Terima kasih #WWEUniverse! Ia sentiasa satu penghormatan untuk kembali dan saya tidak akan melepaskannya untuk dunia," katanya lagi.


Johnson yang terkenal dengan aksi keningnya semasa menyertai gusti itu membuat kejutan dengan muncul dalam rancangan "WrestleMania 31" yang mana beliau berpasukan bersama Ronda Rousey untuk melawan Triple H dan Stephanie McMahon.


"WrestleMania 32" akan berlangsung pada 3 April di Stadium AT & T, Arlington, Texas. - Agensi, Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >