DARI dahulu hingga sekarang, pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta, Datuk Rossa, memang dikenali sebagai penghibur yang pandai bercerita dan mencuit hati penonton.
Bukan sahaja suaranya yang merdu membuatkan anda 'terbang jauh' dalam satu kembara kreatif, malah ia juga membuat anda terkenangkan kisah peribadi dek lirik bermaknanya.