SANGKA pelakon, pengacara dan penyanyi kacak Indonesia, Evan Sanders, tiada yang mengenali wajahnya apabila beliau senyap-senyap mendarat di kota Singa secara bersendirian, baru-baru ini.
Bagaimanapun, belum pun penggambaran filem Sinaran The Movie dijalani, beliau yang terkenal dengan watak Dr Sultan dalam sinetron Antara Cinta dan Dusta sudah disapa pegawai imigresen di Lapangan Terbang Changi.