YANG satu sedang mengacara di Fox Sports manakala seorang lagi baru pulang dari Amerika Syarikat selepas menjalani tempoh bekerja sambil belajar (internship).
Setelah hampir enam tahun berkecimpung dalam dunia hiburan YouTube, personaliti duo MunahHirzi, yang membuat orang tidak 'kering gusi' dengan gelagat mereka, kini sibuk dengan projek masing-masing sejak beberapa bulan lalu.