PENYANYI Datuk Sheila Majid meluahkan rasa bimbang dan sedih terhadap dunia seni muzik Melayu yang kelihatannya tidak mendapat sokongan secara kewangan dan komersial sejak akhir-akhir ini.
Menurut Sheila Majid atau Shaheila Abdul Majid, peminat kini lebih suka memuat turun hasil karya secara percuma - jauh berbeza daripada sokongan yang ditunjukkan dalam era '70-an hingga '90-an apabila album dalam bentuk cakera padat mudah dijual.