Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Star Wars terbaru versi Tamil ditayangkan di seberang Tambak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Star Wars terbaru versi Tamil ditayangkan di seberang Tambak

Dec 22, 2015 | 04:14 PM



FILEM terbaru Hollywood, Star Wars: The Force Awakens, akan mula ditayangkan dalam versi Tamil di rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) di Malaysia pada 24 Disember ini


Laman Berita Harian Online menukil kenyataan dikeluarkan rangkaian pawagam GSC itu, lokasi yang dikhaskan untuk tayangan filem dengan alih suara bahasa Tamil itu ialah GSC Nu Sentral (KL); GSC Quill City Mall (KL); GSC Klang Parade Mall (Klang); GSC IOI Mall (Puchong); GSC Amanjanya Mall, Sungai Petani; GSC Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya; GSC IOI City Mall, Putrajaya; dan GSC Terminal 1 Seremban.


Filem Star Wars: The Force Awakens, muncul sebagai filem paling berjaya bagi tayangan hujung minggu, dengan pungutan berjumlah kira-kira AS$517 juta ($726 juta) di peringkat global sejauh ini.


Mengikut Disney, filem terbabit akan mengatasi rekod Jurassic World terbitan Universal yang meraih $915 juta di Amerika Utara ketika ditayangkan Jun lalu.


Kutipan pada peringkat antarabangsa karya arahan JJ Abrams ini sememangnya amat memberangsangkan, apatah lagi ia belum diputarkan di China, iaitu pasaran kedua terbesar dunia bagi industri filem.


Di Negara Tembok Besar itu, The Force Awakens hanya dapat ditonton mulai 9 Januari tahun depan.


Kini, filem terbabit memegang rekod kutipan terbesar bagi tayangan pembukaan hari Khamis, pungutan sehari paling tinggi, filem yang membuka tayangan pada Disember paling berjaya dan judul paling cemerlang bagi kutipan hujung minggu dalam sejarah. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >