PELAKON Malaysia, Syafiq Kyle, menafikan dirinya tidak boleh dikritik sepertimana dilaporkan dalam akhbar mingguan seberang Tambak kelmarin.
Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 23 tahun, memberitahu laman mStar Online, beliau sentiasa bersifat terbuka dan menerima semua kritikan secara positif dan tidak pernah melenting jika ditegur.