PENYANYI Najwa Latif tidak pernah menerima sebarang layanan istimewa daripada rakan sekuliahnya di Universiti Antarabangsa UNITAR, Petaling Jaya, Malaysia, biarpun ramai mengetahui beliau seorang selebriti terkenal.
Najwa, 20 tahun, berkata beliau selesa dengan keadaan tersebut kerana mahu menempuh alam universiti secara normal seperti penuntut lain.