PENYANYI dan pelakon Tomok terkejut apabila dimaklumkan mengenai paparan gambar anaknya di laman web lucah yang sama seperti dialami pelawak Harith Iskander beberapa hari lalu.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 31 tahun, berkata beliau mahu memeriksa dahulu gambar anak sulungnya, Arrianshah Akid, tiga tahun, seperti yang didakwa sebelum mengambil tindakan selanjutnya.