ACARA bertemakan 'Meraikan Kemuncak Segalanya!'. Itulah kemeriahan yang bakal dibawa Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.
Acara tersebut merupakan majlis terbesar industri muzik Malaysia, apatah lagi sempena meraikan 21 tahun berlangsungnya anugerah gilang-gemilang itu.