Tumpuan Siti untuk 2016 adalah "mendapatkan zuriat"

PENYANYI tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, menyatakan bahawa tumpuan utamanya untuk 2016 adalah untuk mendapatkan zuriat.

Mengongsi isihatinya kepada Berita Harian Malaysia yang disiarkan hari ini, penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' berkata:

"Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tahun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahun lalu mengajar Siti untuk lebih berhati-hati. Siti anggap ia satu peringatan Tuhan supaya lebih menjaga kesihatan diri.

"Ketika mula-mula Siti hamil, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert.

"Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaan memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat."

Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016," jelas Siti kepada BH Plus. - BHM, Rotikaya.com

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.