PENYANYI dan pelakon Erra Fazira menegaskan gaya pakaiannya hari ini bukan atas desakan sesiapa dan tiada kaitan dengan permintaan penyanyi Shahir (AF8) seperti yang diperkatakan baru-baru ini.
Erra, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 41 tahun, berkata perubahan penampilannya adalah atas kehendaknya sendiri memandangkan niat itu memang sudah lama disimpan.