ADA seribu satu sebab yang tersemat di hati orang lama dalam bidang hiburan apabila mereka dilamar atau tergerak hati mahu memeriahkan program unik, Gegar Vaganza (Musim Kedua).
Amir Ukays, 46 tahun, atau nama sebenarnya Mohd Azmir Mohd Yusof, sebenarnya terkilan tidak dapat ikut serta dalam musim pertama program realiti ini tahun lalu.