Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Yuna dan Adam Sinclair bernikah di Pahang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Yuna dan Adam Sinclair bernikah di Pahang

Jan 28, 2018 | 01:39 PM



PUTRAJAYA  - Apabila Yuna, penyanyi-penggubal lagu, tiba di set komersial selepas penerbangan 16 jam dari Amerika Syarikat pada 2013, beliau bersedia melakukan penggambaran.



Kemudian, beliau bertemu dengan penolong pengarah Adam Sinclair.



"Saya masih ingat saya berasa tidak bersemangat dan tidak mahu melakukan penggambaran itu  lagi.  Adam kemudian membuat saya selesa dan selamat.



"Beliau prihatin keadaan saya, memastikan saya makan," katanya di sidang akhbar di Putrajaya pada Sabtu (27 Jan).



Mereka  menanam bibit perasaan satu sama lain.



"Saya tidak pernah bertemu dengan seseorang dengan peribadi atau bakat yang mempunyai hati seperti Yuna.



"Beliau sangat peduli dan prihatin terhadap setiap orang di set penggambaran pada hari itu. Beliau mengatakan akan membuat dua kali adegan sahaja supaya semua orang tidak perlu tunggu lama, " kata Sinclair.



Di akhir penggambaran 14 jam itu, pasangan itu mengekalkan persahabatan.



Mereka bergelar suami dan isteri dalam majlis pernikahan di Bentong, Pahang,  pada  Jumaat.



"Upacara itu indah seperti yang saya bayangkan. Saya selalu mahu perkahwinan dengan gaya di taman.



"Saya berasa gugup apabila kami terpaksa menangguhkan majlis kerana hujan. Tapi syukurlah, semuanya berjalan lancar, "kata Yuna.



Yuna, yang berpangkalan di Los Angeles sebagai artis dengan Verve Records David Foster, bersedia menjaga hubungan jarak jauh dengan suaminya.



Sinclair akan terus menetap  di Malaysia dan bekerja sebagai pengarah video.



"Saya telah bekerja di LA selama hampir lapan tahun. Selama ini, saya kerap berulang-alik  antara Malaysia dan Amerika.



"Memang tidak mudah berurusan kerana jarak tetapi kami akan baik-baik saja," kata Yuna.



Sinclair berkata mereka sentiasa berhubung melalui Skype dan WhatsApp.



Selepas majlis perkahwinannya, Yuna akan kembali ke Los Angeles untuk memberi tumpuan kepada pelancaran album akan datang.



Beliau kemudian akan kembara mempromosikan album itu. - (THE STAR / ASIA News Network)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >