KUALA LUMPUR: Membuat keputusan berhijrah ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), penyanyi kelahiran Alor Setar, Malaysia, Yuna (gambar) boleh sahaja memilih untuk menjadi seperti artis-artis Hollywood kerana tidak apa siapa yang peduli dengannya di sana.
Apa lagi dengan godaan-godaan di depan mata dengan mudah boleh menggugat pendiriannya.
Namun, bagi Yuna, 29, istilah berubah menjadi orang lain tidak pernah ada dalam fikirannya sekalipun dia kini menetap di pusat perkembangan muzik antarabangsa.
Kepada Yuna, imej Islam yang dibawanya tidak pernah sama sekali menindasnya, bahkan dia berasa sangat bebas seperti orang lain.
"Ada orang yang berkata, saya sepatutnya menunjukkan rambut (menanggalkan tudung) kerana saya bukan lagi berada di Malaysia. Saya sepatutnya menunjukkan bentuk badan dan berbangga dengannya.
"Kepada mereka saya katakan, menutup aurat adalah pilihan saya. Saya tidak pernah rasa tertindas. Saya bebas," kata Yuna dalam satu temubual dengan majalah Billboard terbitan Hollywood.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai kini mengukuhkan namanya di persada muzik antarabangsa apabila lagu terbaharu dendangannya, Crush berada dalam senarai terhebat carta lagu-lagu paling popular di AS.
Selepas sedekad menyepi daripada penerbitan program televisyen, pasangan suami isteri yang juga pengasas bersama syarikat Screenbox, Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali, kembali beraksi dengan
Seiring peningkatan usia, perubahan daripada aspek kesihatan jasmani, mental dan keupayaan diri akan berlaku.
Keupayaan memahami dan berkomunikasi akan berkurangan.
Oleh itu, adalah penting untuk
Penuaan adalah proses semula jadi yang melibatkan perubahan jasmani, mental, dan emosi yang berlaku seiring perjalanan masa.
Ia merupakan titik penting dalam kehidupan manusia dan memerlukan pemahaman
Dengan rambut palsu berwarna biru berserta solekan wajah fantasi menggayakan watak Aomine Daiki daripada anime bertajuk Kuroko no Basuke, beliau merayau-rayau sambil meneroka keindahan Jepun, negara
Hanya dengan menggunakan suara emasnya, wartawan penyiar ikonik era 1970-an hingga lewat 2000-an, Rashid Sulaiman, bagaikan membawa pendengar radio ‘terbang jauh’ ke padang bola sepak di seberang
Ada banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup Pengarah Muzik Warna 942, Elfie Rafiee, yang sebenarnya membuka pintu rezekinya dan orang lain.
Elfie, 45 tahun, ditawarkan tugas sebagai deejay sambilan
Memulihkan diri dan menyahtoksin.
Itulah yang mungkin terlintas di fikiran tatkala menyebut tentang mata air panas yang menggelegak mahupun mandian terma.
Sedang rawatan ini merupakan langkah besar
Kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
Dua peribahasa ini mula kerap digunakan warganet dan selebriti sejak akhir-akhir ini, merujuk pada
Di tengah-tengah kegiatan sehari-hari di Jalan Kayu, yang terkenal dengan deretan kedai perata dan restoran terjangkau harga makanannya, berdiri dengan megah kafe The Apricus Coffee & Food Co.
Kafe
Selepas lama mendiamkan diri dan ‘hilang’ daripada radar media, penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, akhirnya bersuara tentang rentetan kontroversi tidak berkesudahan yang melanda hidupnya

Lagu Crush dendangan Yuna bersama penyanyi tersohor antarabangsa, Usher berjaya menduduki tangga ke-18 dalam carta Adult R & B Songs di AS minggu ini.
Dalam temubual itu juga, Yuna yang sangat masyhur dengan lagu Terukir Di Bintang berkongsi kecintaannya pada karya-karya penyanyi ternama Hollywood, Rihanna dan memuji beberapa lagu yang dimuatkan dalam album Anti penyanyi itu.
Sekalipun mengagumi Rihanna, Yuna berpendapat, itu tidak bermaksud dia harus mengikuti cara berpakaian penyanyi yang menjadi idolanya itu.
"Adalah amat mudah untuk menjadi diri saya sendiri dan tidak perlu berusaha kelihatan seperti dia (Rihanna)," tegas Yuna.
Selama berhijrah ke Los Angeles, Yuna mengakui, dia sangat betah dan selesa di negara itu sekalipun ada masanya terkesan dengan semangat anti-imigran, anti-muslim yang ditiupkan oleh calon Presiden AS, Donald Trump dan lain-lain.
"Dia (Trump) sedang mempromosikan kebencian, keganasan. Adalah sesuatu yang pelik perkara seperti ini diterima dalam sebuah negara moden dan maju
"Bagaimanapun, saya tidak terlalu bimbang. Saya fikir, anda boleh lembutkan hati orang ramai, sekalipun jika mereka memiliki banyak kebencian. Muzik boleh melakukannya (lembutkan hati) seandainya ia cantik dan jujur.
"Seandainya saya dapat melakukan perkara itu walaupun melembutkan hati seorang manusia sahaja, saya anggap itu adalah satu kejayaan buat diri saya," ujarnya lagi. - Utusan Online