PENYANYI Amerika Zayn Malik kini memulakan kariernya sebagai penyanyi solo dengan single pertama, Pillowtalk.
Lagu berentak tempo perlahan secara elektronik yang lebih menjurus kepada genre R&B itu merupakan sesuatu yang berbeza daripada irama pop rok yang sering dinyanyikannya sewaktu menganggotai kumpulan One Direction.