PELAKON Zul Ariffin menyangkal tuduhan kononnya beliau bersikap angkuh apabila menolak tawaran lakonan yang diberikan untuk siaran saluran televisyen bukan komersial.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 29 tahun, berkata khabar angin tersebut ternyata mengarut memandangkan beliau tidak pernah bersikap seperti itu.