MUDAH betul hendak mencairkan hati wanita yang secara amnya memang memiliki hati yang lembut.
Senyuman menawan, badan yang sasa, tegap dan tinggi selalunya merupakan resipi kemenangan yang dapat menarik wanita melekat di depan kaca televisyen melihat lakonan pelakon kacak kegemaran mereka beraksi.