NIKMATI juadah tiga jenama pusat penjaja kecil di bawah satu bumbung apabila anda menjamu selera di sebuah kedai makan baru, Hawkerman.
Kedai makan yang membuka cawangan pertamanya di Pusat SingPost itu menawarkan jenama Tenderfresh yang terkenal dengan ayam goreng dan panggang; Warong Kim, yang popular dengan hidangan mi Hokkien; dan popiah sayur Hokkien, Ah Boy Popiah.