Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

IMRAN AJMAIN: Nikmati dunia muzik Melayu di Spotify

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BLOGGER UNDANGAN

IMRAN AJMAIN: Nikmati dunia muzik Melayu di Spotify

Apr 10, 2014 | 07:44 AM



SEBAGAI seorang pemuzik dan pembeli cakera padat yang tegar, berita penutupan ketiga-tiga kedai Sembawang Music pada tahun 2009 merupakan hari yang amat sedih buat saya dan rakan-rakan seperjuangan saya di Singapura.


Ia menandakan akhirnya zaman muzik yang boleh dijual-beli dalam bentuk cakera padat (CD) - sama dengan detik-detik pahit-manis semasa piring hitam digantikan dengan pita kaset pada pertengahan dekad 80-an.


Satu per satu toko-toko menjual CD ini tewas dan terpaksa tutup kerana orang ramai memilih untuk mendengar muzik secara online.


Tiada siapa beli album lagi ke?


Dengan wujudnya laman muat-turun MP3, seperti Napster sejak 1999, ia telah memaksa industri muzik mengubah cara ia menjana pendapatan.


Laman-laman lain pula timbul seperti cendawan selepas hujan, membenarkan orang ramai memuatturun MP3 tanpa membuat bayaran. Ia merugikan syarikat rakaman, artis dan juga pemuzik!


Anak-anak muda juga kemudian dibesarkan tanpa diberi pengetahuan bahawa muzik mempunyai hak cipta, justeru memuatturun secara percuma sama seperti mencuri.


Tapi bolehkah budaya ini diubah?


Kini, dengan ramai orang menggunakan telefon bijak di Singapura, industri muzik Melayu mempunyai potensi besar menjalani perubahan.


Ini boleh dilakukan menerusi penstriman audio atau audio streaming - orang ramai kini boleh mendengar muzik tanpa memuatturun fail MP3, sama seperti menonton video di YouTube.


Laman-laman seperti Spotify, Deezer dan KKBox adalah antara khidmat penstriman audio yang paling popular dan kini aplikasinya boleh didapati untuk pengguna iOS, Android, ataupun komputer riba.


Bukan itu sahaja, laman-laman itu mengandungi katalog lagu-lagu Melayu yang besar.


Pendengar hanya perlu klik "Download app", "register by Facebook", "Search Favourite Artistes" atau "Listen Now".


Begitu senang mendengar muzik dengan aplikasi Spotify.


Tidak perlu lagi mencari CD, membayar harga $20 hingga $40, membuka bungkusan plastik, memasukkan CD dalam pemain CD, dan setelah lama kerap mendengar, CD pula mula rosak.


Seringkali ia tidak dapat diganti kerana album tersebut tidak boleh didapati lagi di kedai-kedai.


Mungkin apa saya katakan adalah gambaran yang agak berlebihan, tetapi saya hanya ingin menggalak konsep penstriman audio ini kepada anda diluar sana yang:


1. Tidak membeli CD lagi;


2. Tidak pernah membeli CD; dan


3. Tidak mahu membeli CD artis tempatan kerana takut tidak berbaloi.


Jangan khuatir.


Kini, dengan khidmat penstriman audio seperti Spotify yang saya amat gemari, anda hanya perlu luangkan masa beberapa saat sahaja untuk mencari dan mula mendengar lagu-lagu kegemaran anda, termasuk muzik dari artis tempatan.


Mungkin anda bertanya, bagaimana artis dapat hasil pulangan?


Setelah mendengar beberapa lagu, Spotify akan memainkan iklan 30 saat.


Tapi ini boleh dielakkan jika anda membuat bayaran hanya belasan dollar setiap bulan untuk mendapatkan akaun premium.


Dengan akaun premium, lagu yang anda pilih tidak terjejas dengan iklan.


Senang kan?


Kami di Singapura tidak dikenali sebagai artis yang melakukan jelajah kafe atau ke sekolah untuk memperkenalkan karya-karya baru mereka kepada orang ramai.


Namun, ini boleh dimulakan hanya bila kita memahami kuasa yang ada dalam telefon bijak - ia tidak terbatas kepada permainan Flappy Bird dan Facebook semata-mata.


Artis Singapura perlu memanfaatkan trend digital secara keseluruhan.


Dengan peralihan kepada muzik digital, barulah kita mungkin dapat melihat perubahan dalam arena muzik Melayu Singapura.


Kuasa ada dalam genggaman tangan kita sendiri.


Mulanya saya juga bersikap skeptis tetapi secara jujur, saya juga sudah lama berhenti membeli CD.


Kini, saya menjadi aktivis untuk rakan-rakan artis lain dan sarankan kepada mereka untuk memuatnaik muzik mereka ke khidmat-khidmat penjualan muzik antarabangsa.


Misalnya, lagu "Bisik" dari pendatang baru, Reyza Hamizan, yang kerap dimainkan di TV kini boleh diperdengarkan melalui Spotify juga.


Sudahkah anda dengar? Tahukah anda jika anda klik butang "Star" pada mana-mana lagu, anda dapat mendengar lagu-lagu tersebut walaupun dalam masa-masa telefon bijak anda tiada WIFI atau 3G.


Ini hanya satu antara fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada khidmat Spotify.


Album terbaharu saya "Setulus Kasih" juga akan mula "ke udara" secara eksklusif di Spotify untuk sebulan sebelum laman-laman lain.


Jom Spotify!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >