Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Insani inspirasi Azpirasi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Insani inspirasi Azpirasi

Jurutari mapan Azmi Juhari pimpin dua pereka tari muda cipta tarian dipentas 27 Ogos
Aug 16, 2016 | 05:30 AM



MANUSIA dicipta bersebab.



Setelah kesilapan yang dilakukan di syurga, ia diturunkan ke bumi untuk menjadi penghuninya.



Walaupun Yang Maha Berkuasa tahu manusia akan merosakkan bumi, hanya Dia sahaja yang tahu akhir zamannya. Justeru, siapakah manusia dan apakah tugas mereka di bumi?



Peranan manusia di bumi dipersoal dan diterokai dalam persembahan tari berjudul Manusia: Siapakah Kita di Bumi Ini di bawah naungan acara dwitahunan Karya 2016, anjuran kumpulan tari Azpirasi.



"Idea awalnya tercetus selepas melihat kejadian yang berlaku di persekitaran dunia seperti bencana tsunami, kemusnahan alam semula jadi dan pengganasan," jelas pelopor dan pemimpin kumpulan tari Azpirasi, Encik Azmi Juhari, yang juga mengambil inspirasi bagi pementasan tari itu daripada surah Al-Baqarah.



Menurut beliau, pementasan tari sekitar sejam setengah itu akan dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu kewujudan, kesilapan, pembangunan, kealpaan dan kehancuran.



Encik Norhaizad Adam dan Encik Ismail Jemaah antara pereka tari muda yang membantu mengolah gerak seni pementasan tersebut. Tarian akan dipentaskan 27 Ogos ini di Kelab Masyarakat Yew Tee, di mana penonton akan duduk di keliling dewan. Proses mencipta karya Manusia telah bermula sejak awal tahun ini. Karya itu bakal diiringi muzik gubahan pengarah muzik, Encik Azrin Abdullah.



Persembahan tari kontemporari itu bermula dengan bahagian Kewujudan, yang menyaksikan kehadiran manusia di bumi selepas dicipta.



Bahagian kedua pula melihat manusia melalui kesilapan. Ada kesilapan yang dibuatnya juga dapat membantu meningkatkan ilmu.



Bahagian ketiga, yang dicipta Encik Ismail, meneroka bagaimana manusia cuba mempertingkat diri dari segi kemahiran, ilmu dan emosi, sambil mempelajari daripada persekitaran.



"Saya akan cuba mencipta seni pemasangan yang diperbuat daripada buluh dalam bahagian ini," kata Ismail.



Bahagian keempat, Kealpaan, bak menunjukkan kelalaian manusia selepas menimba ilmu dan menjadi pandai.



Encik Norhaizad akan mempersoal sama ada perbuatan manusia yang bijak pandai itu baik atau tidak dengan rujukan kepada isu-isu sedunia.



Bahagian terakhir, Kehancuran, akan menonjolkan mesej hasil penggunaan bahan bumi yang boleh menimbulkan kemusnahan. Misalnya, minyak yang digunakan sebagai bahan pembakar menghasilkan asap di sekitaran.



"Setiap bahagian mempunyai ciri-ciri menarik yang mengundang penonton berfikir secara terbuka," kata Encik Ismail.



  • 'Karya 2016 - Manusia: Siapakah Kita di Bumi Ini', dipentaskan pada 3 petang dan 8 malam, berlangsung pada 27 Ogos ini di Kelab Masyarakat (CC) Yew Tee. Tiket berharga $20 dan $15 boleh dibeli dari CC tersebut; ditempah melalui laman, http://tinyurl.com/karya2016; atau hubungi Atikah (9326-8967) atau Affie (8318-3391).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >