PENONTON bakal menyaksikan lebih banyak karya seni hasil masyarakat negara Islam di Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) tahun ini.
Pementasan komedi gelap arahan seorang pengarah teater dari Mesir, Ahmed El Attar; konsert bintang realiti berketurunan Uighur, Perhat Khaliq; dan lukisan solo secara langsung oleh penari dan jurutari tersohor dari Indonesia, Sardono W. Kusumo, merupakan antara acara yang menyerikan Sifa 2016.