PELAKON masyhur Hollywood Angelina Jolie memuji bakat kanak-kanak Kemboja berdasarkan uji bakat yang beliau adakan bagi filem terbarunya First They Killed My Father.
"Ramai kanak-kanak di Kemboja amat berbakat. Apa yang menarik ialah ialah kami mengadakan uji bakat melibatkan ramai daripada mereka. Saya begitu terpesona dengan kemampuan mereka di sebalik kehidupan yang dilalui.