PENERBIT dan pelakon veteran Julie Dahlan berasa terpinggir dan diketepikan daripada industri seni tanah air selepas kurang aktif akibat menghidap beberapa penyakit.
Julie atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan, 62 tahun, berkata beberapa pihak termasuk stesen televisyen tempatan tidak pernah memberi keistimewaan kepadanya dalam menerbitkan drama bagi menampung kehidupannya.