JIKA ditanya siapakah wira dan idola di hatinya, jururawat Hospital Masyarakat Yishun, Cik Sheena Ramazanu, tidak perlu berfikir panjang, dan terus memandang ke arah bapanya, Encik Ibrahim Shaik Mohammad, sebagai jururawat yang dipuja sepanjang masa.
Malah, inspirasi menjadi jururawat diraih seawal usianya lapan tahun ketika Cik Sheena, kini 27 tahun, berada di dalam pesawat untuk percutian pertama ke India bersama keluarganya.